Sri Lanka menaikkan tarif elektrik sehingga 264 peratus, kenaikan mendadak yang pertama dalam tempoh sembilan tahun dalam usaha mendapatkan semula sebahagian daripada kerugian terkumpul berjumlah USD 616 juta.
Ceylon Electricity Board (CEB), syarikat monopoli diuruskan kerajaan memohon kenaikan tarif lebih tinggi melebihi 800 peratus, tetapi pengawal selia mengehadkannya kepada maksimum 264 peratus.